BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 3.0

Dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan insentif bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM600 kepada pengendali bas/van sekolah dan pengendali van penumpang (kereta sewa / licensed van) dan yang berdaftar di Sarawak.

Selaras dengan itu, Kementerian Pengangkutan, Sarawak dengan kerjasama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan mengenalpasti para pengendali yang layak untuk menerima bayaran insentif ini.

Borang Bas/Van Sekolah: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf2EpajmjCXK3jbuP4tMoF-Pgz7ol6dP7h7s8FL3n-uugXW9A/viewform

Borang Van Penumpang: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScunAaqfhgKKuCzUWZHh5ZU2wA1trf4mxqKJcLZPV1jQuxZPw/viewform

Oleh itu, mohon kerjasama semua pengendali yang berdaftar dengan LPKP Sarawak untuk mengisi borang google seperti pada link/pautan yang disertakan untuk tujuan tapisan permohonan.

Permohonan DIBUKA bermula 04 Jun 2020 hingga 18 Jun 2020.