Kod QR

Sila imbas kod QR untuk

capaian mobile web kami

Kalendar Aktiviti

<<Oktober, 2020>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031


Tiada Acara pada masa ini

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN JKKK NEGERI SARAWAK

(SURAT PEKELILING BIL 61/98 BERTARIKH 30.10.1998)

1. Dasar Pengwujudan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

1.1 Sebuah JKKK boleh ditubuhkan apabila sesebuah kampung itu mempunyai sekurang-kurangnya 20 buah rumah/ pintu dan Ketua Kaumnya dilantik secara rasmi oleh Kerajaan.

1.2 Semua permohonan penubuhan JKKK hendaklah diperakui Pegawai Daerah dan seterusnya dikemukakan kepada Residen untuk keputusan.

1.4 Ahli Jawatankuasa adalah diwujudkan melalui proses pelantikan.

1.5 Kewujudan JKKK hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri dengan mengeluarkan sijil kepada JKKK.

 

 

2. Tatacara Perlantikan JKKK

2.1 Pengerusi

Penghulu atau Ketua Kaum hendaklah menjadi Pengerusi JKKK dan perlantikan beliau dibuat oleh Residen melalui kuasa yang diturunkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri setelah mendapat maklumbalas daripada Pegawai Daerah. Tempoh perlantikan Pengerusi adalah selama dia memegang jawatan sebagai Penghulu atau Ketua Kaum dan boleh dilucutkan jawatan Pengerusi pada bila-bila masa oleh Residen. Sekiranya Penghulu/ Ketua Kaum tersebut sudah tua dan tidak berupaya lagi menjalankan tugasnya, Timbalan Pengerusi akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengerusi.

2.2 Setiausaha

Setiausaha hendaklah dicalon oleh Pegawai Daerah dan dilantik oleh Residen. Tempoh perlantikan adalah tertakluk kepada keupayaan/kecekapan menjalankan tugas dan boleh dilucutkan jawatan pada bila-bila masa oleh Residen.

2.3 Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari

Timbalan Pengerusi dan Bendahari hendaklah dicalon oleh Pengerusi dan dilantik oleh Pegawai Daerah. Tempoh perlantikan jawatan ini adalah tertakluk kepada keupayaan/ kecekapan menjalankan tugas masing-masing dan boleh dilucutkan pada bila-bila oleh Pegawai Daerah.

2.4 Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari

Perlantikan Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari (sekiranya diperlukan) diserahkan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa yang telah ditubuhkan untuk mengendalikan dengan sewajarnya.

3. PERLANTIKAN AHLI JKKK

3.1 Bilangan Ahli Jawatankuasa sesebuah JKKK tidak boleh melebihi 15 orang termasuk seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan seorang Bendahari.

3.2 Ahli-ahli JKKK yang lain hendaklah dilantik oleh Penegrusi, dengan menggambarkan susunan atau corak masyarakat sesebuah kampong. Seboleh-bolehnya keanggotaan juga mengandungi:-

3.2.1. Seorang Ketua Kelab/Persatuan Belia

3.2.2 Seorang Ketua Persatuan Wanita

3.2.3 Seorang Ahli kariah/ Agama

3.2.4 Seorang Ahli Rela

3.2.5 Pengerusi Jawatankuasa Pertanian

3.2.6 Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan

3.2.7 Rumah Panjang/ Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung

3.3 Tiada had bagi tempoh perlantikan ahli JKKK dan boleh disambung atau dilucut oleh Pengerusi.

4. TUGAS-TUGAS AHLI JKKK

4.1 Pengerusi

Hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Jawatankuasa serta bertanggungjawab di atas perjalanan semua mesyuarat. Minit-minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh beliau.

Menjadi pemimpin dalan semua urusan pembangunan sosio-ekonomi, kesihatan dan kebersihan dan kesejahteraan rakyat.

4.2 Setiausaha

Hendaklah menjalankan kerja-kerja pertubuhan dan beliau bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan minit-minit mesyuarat.

4.2.1. Pastikan Agenda Mesyuarat atau perkara-perkara yang akan dibincangkan dan siapa yang perlu hadir.

4.2.2. Siapkan surat jemputan dan kertas maklumat lain untuk diedarkan sekurang-kurangnya DUA minggu sebelum tarikh mesyuarat.

4.2.3. Jika ada kertas kerja atau maklumbalas yang perlu diedar, dapatkannya dan edarkan dengan segera. Siapkan ringkasan untuk Pengerusi Mesyuarat.

4.2.4. Siapkan ‘checlist’ isu-isu penting yang harus dibincangkan untuk panduan Pengerusi. Boleh berpandukan catatan mesyuarat yang lalu.

4.2.5. Ambil tindakan susulan terhadap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat.

4.3. Bendahari

4.3.1. Menyimpan akaun-akaun persatuan dengan sepatutnya.

4.3.2. Mengemukan satu salinan akaun-akaun persatuan yang telah diaudit oleh seorang yang dilantik di kalangan ahli-ahli. Akaun ini hendaklah dikemukan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhir tiap-tiap tahun kewangan.

4.3.3. Membuat dan mengemukakan anggaran perbelanjaan tahunan pertubuhan.

4.3.4. Menandatangani resit dan baucar bersama Pengerusi.

4.3.5. Bertanggungjawab sepenuhnya atas soal kewangan persatuan.

 

5. STATUS PERKHIDMATAN

5.1 Perkhidmatan JKKK di Sarawak adalah perkhidmatan sukarela.

6. BORANG

6.1. Semua perlantikan ahli JKKK hendaklah diperakukan kepada Pegawai Daerah dengan mengisi borang Lampiran A.

7. GERAN KERAJAAN

7.1 Geran Kerajaan sebanyak RM500.00 setahun akan disediakan untuk tiap-tiap JKKK bagi urusan mesyuarat (bagi yang layak dan diperakui oleh Residen atau Pegawai Daerah).

7.2 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

7.3 Mengemukakan Laporan mengenai program/aktiviti.

8. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JKKK

8.1.Menyelaras dan memperakui semua aktiviti pembangunan Jawatankuasa/Badan/Persatuan Sukarela di peringkat kampong dan rumah panjang;

8.2 Menyelaras dan memperakui penyediaan cadangan projek-projek pembangunan untuk dikemukan kepada pihak atasan bagi mendapat pertimbangan.

8.3.Merangka perancangan pembangunan kampung dan rumah panjang dengan mewujudkan Pelan Pembangunan Kampung/Rumah Panjang yang lengkap dan kemaskini.

8.4 Menegembeling dan menggerak tenaga penduduk kampong dan badan-badan sukarela yang sedia ada bagi melaksanakan program sosio-ekonomi, keagamaan dan rekreaksi/riadah/kesihatan melalui konsep gotong-royong kea rah mewujudkan kampung/rumah panjang yang maju, menarik dan menguntungkan.

8.5. Menentukan keadaan keselamatan di kampung dan rumah panjang sentiasa terkawal dan mengadakan langkah-langkah tertentu bagi mencegah dan membanteras gejala-gejala social.

8.6. Menjadi badan perhubungan antara orang-orang kampung dengan Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan (NGOs) dari segi pemahaman tentang dasar Kerajaan dan cara pelaksanaannya.

 

 

 

 

CARTA ALIR PERLANTIKAN AHLI-AHLI JKKK

                                                       Fungsi /tanggungjawab

 












YB SETIAUSAHA KERAJAAN SARAWAK

 

-          Urusan Setia Negara

-          Menurunkan kuasa untuk melantik:

 (i) Pengerusi

 




 



-          Urusan Setia Bahagian

-          Melantik dan melucutkan:

 (i) Pengerusi dan Setiausaha

-          Menasihat Urusan dan Pentadbiran JKKK

 

 

RESIDEN

 



 




-          Urusan Setia Daerah

-          Mencalon Jawatan Setiausaha

-          Melantik dan melucutkan jawatan:

 (i) Timbalan Pengerusi

(ii) Bendahari

-          Menasihat Urusan dan Pentadbiran JKKK

-          Mengesan perkembangan JKKK di Daerah

 

 


PEGAWAI DAERAH

 



 



PEGAWAI TADBIR

SARAWAK

 


-          Urusan Setia Daerah Kecil

-          Menasihat Urusan dan Pentadbiran JKKK

-          Mengesan perkembangan JKKK di Daerah

 

 

 




 



-          Pengerusi JKKK

-          Mengurus Pentadbiran JKKK

-          Mencalon Jawatan;

(i) Timbalan Pengerusi

(ii) Bendahari

 

 

 

KETUA MASYARAKAT/

KETUA KAUM

 



 



JKKK

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BORANG CADANGAN PELANTIKAN AHLI JKKK

 

1. Nama Kampung : ………………………………………………………………………………..

b) Daerah    : ………………………………….............................................................................

2. Maklumat Peribadi Calon:

a) Nama                              :…………………………………………………………………….

b) No. Kad Pengenalan      :…………………………………………………………………….

c) Tarikh Lahir                    :…………………………………………………………………….

d) Pekerjaan                       :…………………………………………………………………….

e) Tempat Kerja                  :…………………………………………………………………….

f) Kelulusan                        :…………………………………………………………………….

g) Taraf Perkahwinan         :…………………………………………………………………….

h) Tempoh Bermastautin    :…………………………………………………………………….

3. Perkhidmatan Kepada Masyarakat:

a) ……………………………………………………………………………………………….

b)……………………………………………………………………………………………......

c)………………………………………………………………………………………………..

d)………………………………………………………………………………………………

 

4. Pingat/ Sijil-sijil yang Diperolehi:

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………....

 

5. Kelulusan dari Penghulu/Ketua Kaum (Bagi Jawatan Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari hingga ke Ahli-Ahli JKKK) dan Perakuan Penghulu/Ketua Kaum (Bagi Jawatan Timbalan Pengerusi dan Bendahari)

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

      …………………………………………………………

                                                   (Tandatangan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum dan Cop)

 

6. Kelulusan Pegawai Daerah (Bagi Jawatan Timbalan Pengerusi, Bendahari) dan Perakuan Pegawai Daerah (Bagi Jawatan Pengerusi dan Setiausaha)

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

 

                                                                                                          ………………………………..

                                                                                            (Tandatangan Pegawai Daerah)

 

7. Kelulusan Residen (Bagi Jawatan Pengerusi dan Setiausaha)

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...............

 

                                                                                                                ………………………...

                                                                                                         (Tandatangan Residen)


PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2017

Bil.

Piagam Pelanggan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1

Permohonan Probet

89%
90%
91%
93%
95%
96%
93%
95%
95%
94%


2

Permohonan Anak Angkat

100%
100% 100% 100% 99%
98%
98%
98%
99%
99%


3

Permohonan Pendaftaran Nama Perniagaan

100% 100% 100% 100% 98%
99%
98%
100%
100%
100%


4

Pendaftaran Deeds

100% 100% 100% 100% 100%
100%
100% 100% 100% 100%

5 Permohonan Penukaran Hakmilik Senapang 100% 100% 100% 100% 100%
100%
100% 100% 100% 100%

6 Permohonan Permit Membeli Peluru 100% 100% 100% 100% 100%
100%
100% 100% 100% 100%

7

Permohonan Kuarters (Persekutuan)

100% 100% 100% 100% 100%
100%
100% 100% 100% 100%

8

Permohonan Kuarters (Negeri)

100% 100% 100% 100% 100%
100%
100% 100% 100% 100%

9

Pendaftaran Kes-kes Mahkamah Bumiputera

99% 98%
100% 100% 98%
100%
99%
99%
100% 100%



PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2016

Bil.

Piagam Pelanggan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1

Permohonan Probet

84% 90% 92% 94% 89% 88% 88% 90% 91% 92% 95% 98%
2

Permohonan Anak Angkat

98% 95% 99% 100% 100% 99% 100% 100% 99% 100% 100% 100%
3

Permohonan Pendaftaran Nama Perniagaan

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
4

Pendaftaran Deeds

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
5 Permohonan Penukaran Hakmilik Senapang 100% 100% 99% 99% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 98% 100%
6 Permohonan Permit Membeli Peluru 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
7

Permohonan Kuarters (Persekutuan)

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
8

Permohonan Kuarters (Negeri)

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
9

Pendaftaran Kes-kes Mahkamah Bumiputera

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%


PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN  2015

No.

Client Charter

Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec
1

Application for Probate

98% 95%
96% 95.5% 97%
97%
98% 97% 96% 96.5% 98% 95%
2

Application for Adoption

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
3

Application for Registration for Business Name

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
4

Deeds Registration

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
5 Application for Changing the Ownership of Shotgun 100% 99%
99%
97% 99% 100% 100% 100% 98% 99% 98% 98%
6 Application for Getting Ammunition Permit Purchase 98% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
7

Application for Quarters (Federal)

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
8

Application for Quarters (State)

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
9

Registration for Bumiputera Cases

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%


PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN TAHUN 2014

Bil.

Piagam Pelanggan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
1

Permohonan Probet

98% 97% 95% 98% 97% 95% 98% 98.5% 97% 97.5% 97% 96.5%
2

Permohonan Anak Angkat

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
3

Permohonan Pendaftaran Nama Perniagaan

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
4

Pendaftaran Deeds

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
5 Permohonan Penukaran Hakmilik Senapang 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
6 Permohonan Permit Membeli Peluru 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
7

Permohonan Kuarters (Persekutuan)

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
8

Permohonan Kuarters (Negeri)

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%
9

Pendaftaran Kes-kes Mahkamah Bumiputera

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%