Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka jadi tarikan baharu di Sibu
Tarikh : 20 Jul 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

Dr Annuar ketika ditemui pemberita selepas melawat setiap kiosk pada hari pertama pembukaannya, petang semalam.Dr Annuar ketika ditemui pemberita pada hari pertama pembukaan Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka, pada Sabtu.

SIBU: Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka di Jalan Kampung Nangka di sini berupaya menjadi daya tarikan baharu di bandar Sibu khususnya buat para pengemar makanan, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa'ee.

Dengan konsep kiosk yang berwarna warni, moden serta mesra pengguna, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu yakin ia akan menarik perhatian ramai pengunjung termasuk pelancong luar kawasan Sibu.

"Tahniah kepada jawatankuasa usahawan DUN Nangka dan jawatankuasa penjaja kiosk pelangi di sini kerana kembali beroperasi semula dengan wajah baru yang lebih menarik.

"Kawasan ini telah dinaik taraf dengan 17 buah kiosk yang berwarna-warni. Ini menunjukkan usaha ini mendapat sambutan yang baik.

"Saya harap para peniaga kawasan ini dapat mengekalkan kecantikan serta menjaga kebersihan kawasan serta makanan mereka agar para pengunjung terutama pelangggan dari dalam dan luar Sibu terus berkunjung ke kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian apabila ditemui pemberita selepas melawat setiap kiosk pada hari pertama pembukaannya, petang Sabtu.

Orang ramai mula berkunjung ke Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka seawal jam 3 petang, Sabtu. Orang ramai mula berkunjung ke Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka seawal jam 3 petang, Sabtu.

Dr Annuar juga berpeluang mencuba beberapa juadah serta hidangan yang akan dijual oleh para peniaga sebaik mula beroperasi.

Pada hari pertama pembukaan, orang ramai yang hadir juga turut diberi peluang untuk merasai pelbagai hidangan dari para peniaga kiosk secara percuma.

Antaranya adalah Ayam Percik Dara, bubur pedas, burger, nasi lemak, cendol pulut, coklat menoes, nasi kerabu, donut bertoping dan banyak lagi.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi itu juga turut memberitahu suatu program baharu iaitu Pasar Minggu Taman Selera Harmoni akan dibuka tidak lama lagi.

Sementara itu, Pelangi Foodkiosk Kampung Nangka adalah projek naik taraf tapak perniagaan tersebut bernilai kira-kira RM242,000.

Projek berkenaan adalah di bawah Pusat Khidmat DUN Nangka.