Pindahmilik Senapang PatahPindahmilik Senapang Patah

Pengenalan

Secara umumnya Pindahmilik Senjatapi Semasa Hayat adalah dibenarkan bagi permohonan untuk pemindahan senjata api (senapang patah) kepada anak lelaki atau anak perempuan  yang bekerja sebagai petani sahaja. Sementara itu, bagi urusan pindahmilik senjata api melalui probet atau suratkuasa Pentadbir adalah dilakukan sekiranya pemegang lesen itu telah meniggal dunia dan ditukarmilik hanya kepada anak/cucu/cicit dan ke bawah tertakluk kepada kelulusan Residen.

Bayaran Yuran Pemprosesan

    * RM 2.00

Waktu Operasi Kaunter Pembayaran

    * Isnin - Khamis : 8.00 am - 11.45 pm dan 2.00 pm - 3.15 pm
    * Jumaat   : 8.00 am - 10.45 pm dan 2.15 pm - 3.15 pm

Masa Permohonan

    * Bagi semua permohonan, dokumen-dokumen berkaitan serta syarat termasuk pengesahan dari doktor perubatan bahawa dia berada dalam keadaan yang sihat dan snapang patah yang berkenaan dalam keadaan berfungsi setelah diperiksa oleh pihak polis.

SENARAI SEMAK (BAGI PERMOHONAN PENUKARAN SEMASA HAYAT)


1. Membuat pembayaran pemprosessan sebanyak RM2.00 sahaja di Pejabat Daerah.

2. Borang permohonan ( 2 salinan ) haruslah diisi dengan lengkap.

3. Dua (2) keping gambar berukuran pasport

4. Sesalinan Kad Pengenalan Pemohon yang telah disahkan.

5. Sesalinan Sijil Lahir pemohon yang telah disahkan atau sekiranya tidak memiliki Sijil Lahir gunakan lampiran 1.

6. Sesalinan Kad Pengenalan pemilik asal senapang patah yang telah disahkan.

7. Sesalinan Lesen Pendaftaran senapang patah yang telah disahkan.

8. Sesalinan borang pemeriksaan Cap Jari pemohon yang dibuat dibalai polis di Daerah masing-masing.

9. Sesalinan borang pemeriksaan senjata api (senapang patah) yang dibuat di balai polis di Daerah masing-masing.

10. Sesalinan laporan pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan yang berdarftar.

11. Sesalinan resit penyimpanan senapang dibalai yang telah disahkan sekiranya pemilik asal telah uzur dan tiada keupayaan untuk menggunakan senapang.

12. Lampiran 2 hingga lampiran 6 haruslah lengkap:
     Lampiran 2 : Surat Akuan untuk Persetujuan Antara Pemilik Asal dengan Pemohon.
      Lampiran 3 : Surat Perjanjian Persetujua (Sekiranya Anak Tunggal Tidak Perlu)
       Lampiran 4: Gambarajah / Carta Salasiah Keluarga
       Lampiran 5: Laporan Pemeriksaaan Fizikal dan Mata
       Lampiran 6: Laporan Pemeriksaaan senapang dan Cap Jari.

13. Salinan Kad Pengenalan, Sijil Lahir, dan Lesen Pendaftaran haruslah di Copkan dengan Cop “UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DAERAH” dan dilampirkan selepas lampiran 7.

14. Semua Permohonan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan dinyatakan dalam Akta Senjata 1960 dan semua pekeliling yang berkaitan.

SENARAI SEMAK (BAGI PERMOHONAN PENUKARAN SECARA PROBET)

1.Membuat pembayaran pemprosessan sebanyak RM2.00 sahaja di Pejabat Daerah.

2. Borang permohonan ( 2 salinan ) haruslah diisi dengan lengkap.

3. Dua (2) keping gambar berukuran pasport

4. Sesalinan Kad Pengenalan Pemohon yang telah disahkan.

5. Sesalinan Sijil Lahir pemohon yang telah disahkan atau sekiranya tidak memiliki Sijil Lahir gunakan lampiran 1.

6. Sesalinan Kad Pengenalan pemegang Surat Kuasa yang telah disahkan sekiranya pemohon adalah bukan pemegang Surat Kuasa..

7. Sesalinan Surat Kuasa (Letters of Administration) yang telah disahkan.

8. Sesalinan Sijil Kematian pemilik asal senapang patah yang telah disahkan.

9. Sesalinan Lesen Pendaftaran senapang patah yang telah disahkan.

10. Sesalinan resit penyimpanan senapang patah di balai polis yang telah disahkan.

11. Sesalinan borang pemeriksaan Cap Jari pemohon yang dibuat dibalai polis di Daerah masing-masing.

12.Sesalinan borang pemeriksaan senjata api (senapang patah) yang dibuat di balai polis di Daerah masing-masing.

13. Sesalinan laporan pemeriksaan kesihatan di pusat kesihatan yang berdarftar.

14. Lampiran 2 hingga lampiran 6 haruslah lengkap:
       Lampiran 2 : Surat Perjanjian PersetujuanDaripada Anak-anak lain.
(Sekiranya Anak Tunggal Tidak Perlu)
       Lampiran 3: Gambarajah / Carta Salasiah Keluarga
       Lampiran 4: Laporan Pemeriksaaan Fizikal dan Mata
       Lampiran 5: Laporan Pemeriksaaan senapang dan Cap Jari.
       Kampiran 6: Surat Akuan Penyerahan Antara Pemegang Surat Kuasa dan Pemohon. (Sekiranya Pemohon Adalah PemegangSurat Kuasa Tidak Perlu)

15. Salinan Kad Pengenalan, Sijil Lahir, dan Lesen Pendaftaran haruslah di Copkan dengan Cop “UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DAERAH” dan dilampirkan selepas lampiran 7.


16. Semua Permohonan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan dinyatakan dalam Akta Senjata 1960 dan semua pekeliling yang berkaitan.


PROSES KERJA PROSES PINDAHMILIK SENJATAPI    

Langkah 1 - Menerima kunjungan pemohon;

Langkah 2 - Catatkan maklumat;

Langkah 3 - Tandatangan pemohon;

Langkah 4 - Dapatkan tandatangan Ketua Masyarakat / Ketua Kaum;

Langkah 5 - Pemohon ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan;

Langkah 6 - Pemohon ke PDRM untuk pemeriksaan senjata;

Langkah 7 - Borang di hantar ke PDRM Kuching;

Langkah 8 - Borang di hantar ke Pejabat Daerah untuk kelulusan Pegawai Daerah;

Langkah 9 - Dapatkan Kelulusan Pejabat Residen;

Langkah 10 - Lesen ditandatangani Pegawai Daerah;

Langkah 11 - Lesen diserahkan kepada Pemilik Baru.