Pendaftaran Perkahwinan Mengikut Adat Iban Pendaftaran Perkahwinan Mengikut Adat Iban

SENARAI SEMAK

  • Surat Penerang (Borang Keterangan Perkahwinana Adat Iban)Ditandatangani oleh Tuai Rumah & Penghulu yang memegang kawasan perumahan atau kampung anda.
  • Fotostat Sijil Kelahiran & Kad Pengenalan bagi suami dan isteri.
    -1 keping setiap seorang
  • Gambar bersaiz pasport
    -3 keping setiap seorang

  • Fotostat  Kad Pengenalan bagi saksi pihak suami dan pihak isteri
    -1 keping setiap seorang
    -saksi yang di bawa mestilah 2 orang
    -Orang yang menjadi saksi semasa membuat pendaftaran surat perkahwinan ini adalah mesti ada perkaitan dengan pihak suami dan pihak isteri
    (sama ada ibu, bapa atau saudara mara terdekat pihak suami dan pihak isteri)

  • Fotostat Sijil kelahiran anak sulung (jika suami/isteri mempunyai anak)
    -1 keping seorang

  • Fotostat Sijil Perceraian (bagi suami/isteri yang sudah kematian suami/isteri)
    -1 keping seorang

  • SETEM HASIL RM5.00 (*dibeli di pejabat pos)

-bagi suami/isteri yang tidak mempunyai sijil kelahiran & kad pengenalan

PROSES KERJA PROSES


Menerima kunjungan daripada pemohon serta 2 orang saksi bagi pihak lelaki dan pihak perempuan
V
v


Pegawai Tadbir akan meneliti kad pengenalan pemohon untuk memasti kan bahawa pemohon adalah berasal dari kawasaan Sibu.
V
v


Pegawai Tadbir akan memberi borang permohonan perkahwinan kepada pemohon untuk di isi.
V
v


Pemohon akan menyediakan semua senarai semak yang telah disenarai kan seperti di atas untuk di kepil kan bersama borang permohonan perkahwinan  tersebut.
V
v


Setelah borang siap di isi, pemohon akan membawa borang tersebut kepada Tuai Rumah  untuk di tandatangani dan di cop.
V
v


Kemudian pemohon akan membawa borang  permohonan perkahwinan untuk di tandatangani oleh Penghulu Kampung.
V
v


Setelah borang perkahwinan tersebut di tandatangani oleh Penghulu kampung dan borang tersebut diterima, pemohon akan menyerahkan borang perkahwinan tersebut kepada Pegawai Pendaftaran Perkahwinan.
V
v


Pegawai Pendaftaran akan menyuruh pemohon mentandatangani sijil perkahwinan. Pegawai Pentaftaran akan mengisi dan menaip sijil perkahwinan.
V
v


Sijil perkahwinan akan siap dalam masa 2 minggu. Setelah itu pemohon boleh mengambil sijil perkahwinan mereka pada Pegawai Pendaftaran Perkahwinan.