Sekapur Sirih dari Residen SibuSekapur Sirih dari Residen Sibu




Saya ingin mengucapkan selamat melayari laman web Pentadbiran Bahagian Sibu kepada semua pelawat.

Pentadbiran Bahagian Sibu merangkumi Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pejabat Daerah Sibu, Pejabat Daerah Kanowit dan Pejabat Daerah Selangau.  Kami komited uituk menjadi agensi peneraju di Bahagian Sibu demi mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat jelata yang maju dan berkualiti tinggi.  Dalam mencapai hasrat tersebut, kami akan memastikan kepimpinan yang efektif, penyelarasan projek dan program yang efisien, penglibatan komuniti yang aktif dan penyampaian perkhidmatan yang unggul dalam usaha membangunkan Bahagian Sibu sebagai pintu gerbang  business bagi kawasan petengahan Negeri Sarawak.    

Saya berharap maklumat yang dipaparkan dalam Laman web ini bermanfaat untuk memahami peranan yang dimainkan oleh Pentadbiran Bahagian Sibu. Sejajar dengan komitmen kami untuk menjadi agensi peneraju di Bahagian Sibu, kami berusaha gigih untuk memastikan maklumat terkini dipaparkan di Laman web ini serta sentiasa meningkatkan kualitinya. Kami sangat mengalu-alukan pandangan anda mengenai kualiti dan tahap kegunaan Laman web Pentdabiran Bahagain Sibu. 

Sekian, terima kasih.



Charles Siaw
(Residen Bahagian Sibu)