Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Sibu

Dipaparkan pada 13 Jul 2021

KENYATAAN MEDIA

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN DAERAH SIBU



Demi mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Sibu serta persediaan peralihan ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara, Sibu Division Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) memohon kepada semua pemilik kedai dan syarikat-syarikat di Daerah Sibu supaya menghantar NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN DAN NOMBOR TELEFON BIMBIT semua pekerja yang belum menerima Vaksin COVID-19 ke Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu atau Urusetia Vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin Stadium Tertutup (Indoor Stadium) Sibu dengan kadar SEGERA.


Ini bertujuan untuk memudahkan pejabat ini membuat panggilan berkenaan janji temu pemberian vaksin kepada pekerja-pekerja tersebut.


TARIKH TUTUP HANTAR NAMA : 31 JULAI 2021

Nombor Pusat Pemberian Vaksin (Indoor Stadium) : 

019-8159608

Nombor Faks Pejabat Kesihatan Bahagian: 

084-331492

DARIPADA

SIBU DIVISION COVID-19 IMMUNISATION TASK FORCE (CITF)