RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua merekodkan keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.
Seramai empat pelajar mendapat 11A, tiga memperoleh 10A, 11 dengan 9A dan sembilan dengan 8A.
Pelajar mendapat keputusan 11A ialah Hii Chung Yun (9A+, 2A), Evonne Aw Wen Yiing (8A+, 3A), Kiing Sze Yee (8A+,3A) dan Eric Hii Den Ming (3A+, 4A, 4A-) manakala pencapaian 10A ialah Martin Lau Jia You (7A+, 3A), Natalie Kong Yu Xing (4A+, 5A, 1A-) dan Eason Lau HUi Wan (3A+, 4A, 3A-).
Chung Yun, Evonne, Kiing dan Martin juga antara pelajar cemerlang di negeri ini.
Sementara itu, seramai 11 pelajar memperolehi keputusan 9A, mereka ialah Shana Tang, Yvonne Wong, Putri Nur Syafiqah Ali Supian, Elvis Sia, Fion Tan, Tay Jing Xuan, Iris Tie, Christine Tang, Tyrone Ling, Jacqueline Wong dan Wong Shin Ci.
Pelajar mendapat keputusan 8A ialah Lau Lik Hang, Ayesha Zeynap Hamzah, Bryson Yii, Jayden Yong, Daphne Yong, Jasmine Tang, Ricky Wong, DelvingTing dan Frewin Sung.
Sekolah itu mencapai kadar kelulusan 94.36 peratus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) pada 3.74.
Seramai 226 calon menduduki peperiksaan tersebut.