RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

SIBU: Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dinobatkan sebagai johan pertandingan (Kategori C) perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 2023 Peringkat Daerah Sibu yang diadakan di Dataran Sibu hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, seramai 92 peserta meliputi pegawai kanan, pegawai rendah, pegawai awam dan ahli PERKEP IPD Sibu hadir dengan berpakaian lengkap bertemakan warna kuning dan hitam.
Katanya, perarakan sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan 'Sarawak Makmur, Ummah Sejahtera' melibatkan laluan perarakan yang bermula di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang Fasa 1 ke Jalan Kampung Dato, Jalan Awang Ramli Amit, Jalan Bujang Suntong dan berakhir di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang.
Ujarnya, objektif PDRM menyertai majlis sambutan ini adalah semestinya bagi memperingati Sirah Kelahiran Nabi Muhammad SAW, mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW serta mengeratkan silaturahim warga IPD Sibu dengan masyarakat dan agensi-agensi yang terlibat.
"Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan syabas kepada pasukan IPD Sibu yang dinobatkan johan pertandingan tersebut dalam Kategori C (Badan-badan Beruniform yang turut disertai oleh tentera, bomba dan lain-lain)," tambah beliau.