Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Ops Tahun Baharu: IPD Sibu keluar 94 saman

Posted on 03 Jan 2024
Source of News: Utusan Borneo
Polis mengeluarkan sebanyak 94 saman dalam Ops Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2024 sekitar bandar Sibu yang berakhir awal pagi semalam.
Polis mengeluarkan sebanyak 94 saman dalam Ops Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2024 sekitar bandar Sibu yang berakhir awal pagi semalam.

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengeluarkan 94 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2024 sekitar bandar ini bermula 31 Disember hingga 1 Januari.

 

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata seramai 61 orang diperiksa termasuk 54 lelaki dan tujuh wanita.

Katanya, operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sibu melibatkan dua pegawai dan enam anggota trafik serta cawangan-cawangan lain.

"Dalam operasi tersebut, sebanyak 94 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan seramai 61 orang diperiksa.

"Antara kesalahan membabitkan tiada lesen memandu, memandu di bawah umur, tidak pamer P, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ubah suai struktur, ubah suai ekzos, tiada cermin, nombor pendaftaran (plat) fancy dan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 

Menurutnya, polis turut menahan tiga motosikal di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pemalsuan nombor pendaftaran) dan 28 motosikal ditahan di bawah Seksyen 64 akta sama untuk tujuan dokumentasi.

Operasi tersebut dijalankan selama lapan jam berakhir jam 4.30 pagi Isnin.

Zulkipli menasihati orang awam mematuhi undang-undang jalan raya dan ibu bapa disarankan memantau dan peka dengan aktiviti anak-anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang.



image Undian
image Pengumuman