RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

SIBU: Hospital Sibu kini melaksanakan sistem bayaran tanpa tunai sepenuhnya di semua kaunter bayaran sebagai usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memudahkan urusan pelanggan.
Dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook Laman Rasmi Hospital Sibu, pihak hospital memaklumkan semua bayaran bil perubatan kini hanya boleh dilakukan menggunakan kad debit atau kad kredit.
Langkah ini selaras dengan inisiatif pendigitalan dan usaha mengurangkan penggunaan wang tunai di premis kerajaan.
“Pelanggan diingatkan untuk menyediakan kad debit atau kad kredit bagi melancarkan urusan di kaunter bayaran,” menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan sistem ini dijangka dapat mengurangkan masa menunggu di kaunter, meningkatkan keselamatan kewangan dan menyokong usaha kerajaan memperluas penggunaan transaksi elektronik.