Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Hospital Sibu kemas kini waktu melawat

Posted on 27 Feb 2025
Source of News: utusan borneo online

SIBU: Hospital Sibu telah mengeluarkan jadual rasmi waktu melawat bagi semua wad, termasuk peraturan khusus bagi unit rawatan rapi dan wad berisiko tinggi.

Menurut makluman rasmi, waktu melawat bagi Wad Postnatal (Wad 5) dan Wad Antenatal (Wad 7) ditetapkan setiap hari pada 12 tengah hari hingga 2 petang serta 5 petang hingga 7 malam.

Sementara itu, bagi Wad Bersalin (Wad 8), pelawat hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran khas daripada doktor.

Bagi pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ICU Penyakit Berjangkit (Wad 4 dan 21), waktu melawat adalah 6 pagi hingga 7 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 7 malam.

Selain itu, Wad Penjagaan Khas Neonatal (SCN/NICU) dan Wad Pediatrik ICU (PICU, Wad 30) hanya membenarkan maksimum dua pelawat pada satu masa dan pelawat perlu mendapatkan pas khas sebelum masuk.

Bagi wad am, waktu lawatan pada hari biasa adalah 12 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 7 malam.

Namun, pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, waktu lawatan dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 7 malam.

Hospital Sibu turut menetapkan bahawa Wad Penyakit Berjangkit (ID, Wad 6), Wad COVID-19 (Wad 10) dan Wad Ketergantungan Tinggi (Wad 20) hanya membenarkan dua pelawat dalam satu masa mengikut waktu lawatan wad am dengan syarat pelawat memiliki pas khas.

Pihak hospital menasihatkan semua pelawat supaya mematuhi peraturan ini bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pesakit serta kakitangan perubatan.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman