Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

JPJ Sibu periksa 113 kenderaan dalam operasi harian

Disiarkan pada 04 Mar 2025
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Sebanyak 113 kenderaan diperiksa, manakala 34 notis ketidakakuran dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi penguatkuasaan harian yang dijalankan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu di sekitar bandar ini, hari ini.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, tiada lesen vokasional, Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) tamat tempoh serta beberapa kesalahan teknikal lain.

Selain itu, dua kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan yang melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334).

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, operasi penguatkuasaan itu dijalankan secara berterusan bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya.

“JPJ menyeru semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh menyalurkannya menerusi e-Aduan@JPJ(MyJPJ), SiSPAA, p.sarawak@jpj.gov.my, atau menghubungi talian 082-373000.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman