RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Semua pemilik pegangan yang dikenakan cukai taksiran di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Perbandaran Sibu (MPS) diingatkan supaya membayar cukai taksiran bagi Setengah (1/2) Tahun Pertama 2025 (Januari-Julai 2025) sebelum atau pada Sabtu ini, 31 Mei 2025.
Menurut kenyataannya, jika gagal berbuat demikian, denda/surcaj pada kadar 1 peratus sebulan atau sebahagian daripadanya, akan dikenakan, seperti yang termaktub di dalam Seksyen 74(1), Bahagian VII, Local Authorities Ordinance, 1996.
"Pembayaran boleh dibuat di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak, Mesin kiosk Servis Sarawak, secara atas talian melalui Jompay dan Sarawakpay.
"Waktu dan tempat untuk membuat pembayaran bil cukai taksiran adalah di UTC Sibu dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga jam 7 malam manakala pada Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang," katanya.
Sehubungan itu, MPS mengalakkan orang ramai mendaftar e-billing bagi memudahkan penghantar bil cukai tafsiran melalui emel kepada semua pemilik hartanah di kawasannya.
Dalam perkara lain, selaras dengan misi majlis untuk mentransformasikan bandar ini menjadi sebuah bandar yang mampan dan selesa didiami menjelang tahun 2031, MPS komited untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan bandar yang cekap dan berkesan dengan kerjasama penuh daripada komuniti, perniagaan, dan pelbagai pihak berkepentingan.
Sempena sambutan perayaan Gawai Dayak, MPS ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan pembersihan di pusat bandar akan dikurangkan kepada 70 peratus daripada kapasiti biasa kerana sebahagian besar pekerja yang menjalankan perkhidmatan tersebut sedang bercuti untuk meraikan Gawai mulai 1 Jun 2025 hingga 4 Jun 2025.