Pejabat Daerah Selangau

Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sibu

picture
 

Pendaftaran Anak Angkat


Maklumat Am

Pemohon yang mesti mengisi borang sijil angkat G.114 dan borang maklumat tambahan / borang temuduga yang disediakan. Ia mesti ditandatangani oleh kedua-dua pihak di hadapan Pegawai Daerah yang bertugas.

Dibawah Ordinan Anak Angkat kedua-dua ibubapa anak dan ibubapa angkat mesti hadir bersama seorang saksi sebelum seorang Pegawai Daerah boleh mmebuat sebarang keputusan mengenai kedudukan anak angkat tersebut.

Sekiranya Pegawai Daearh berpuas hati dengan dokumen atau bukti lain bahawa pengambilan anak angkat adalah jujur / ikhlas, boleh menyerahkan dengan bantuan peribadi ibubapa asal, ibubapa atau penjaga.

Jika ibubapa kanak-kanak tersebut tidak sesuai dan terdapatnya orang yang sesuai untuk mengambil berat dan menjaga kanak-kanak tersebut, Pegawai Daerah boleh menyerahkannya dengan kerelaan ibubapa tersebut.

Borang Rasmi mesti dilekatkan dengan setem hasil RM1.00 (rujuk SAG)

 

Undang-Undang

  • Ordinan Pengambilan anak angkat (Bab 91)
  • Peraturan perlindungan orang muda dan kanak-kanak 1959
  • Akta perlindungan Wanita dan Gadis 1973
  • Ordinan Pengambilan anak angkat (pindaan), 2002 (Bab A100)
  • Risalah Ordinan Baru pada 1/12/2002

Borang Rasmi

  • Sijil Anak Angkat G.114
  • Borang Maklumat Tambahan / Borang Temuduga

Yuran

-

Kelayakan dan syarat

  • Memastikan anak yang hendak diambil sebagai anak angkat berumur 18 tahun ke bawah dan
  • Ibubapa yang mengangkat mestilah umur 21 tahun ke atas dan 21 tahun lebih tua daripada anak yang diangkat
  • Anak yang diangkat mesti lahir di Sarawak dan ibu atau bapanya mesti mempunyai hubungan dengan Sarawak.

 

Dokumen-dokumen yang diperlukan

1.  Sijil Asal Kelahiran Kanak-kanak yang hendak diangkat

2.  Kad Pengenalan Asal Ibu Bapa Kandung dan Ibu Bapa Angkat

3.  Sijil Perkahwinan Asal bagi Ibu Bapa Angkat

4.  Kad Klinik Asal Kanak-kanak yang diangkat

5.  Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Tahunan Ibu Bapa Angkat

6.  Bil Taksiran/ Bil Letrik/ Bil Air/ Bil Telefon

7.  Kad Pengenalan Asal Saksi

  • Satu [1] Saksi disebelah pihak Ibu-Bapa Angkat
  • Satu [1] Saksi disebelah pihak Ibu-Bapa Kandung

8.  Kehadiran Ibu Bapa Kandung dan Ibu Bapa Angkat bersama Saksi masing-masing