Pejabat Daerah Selangau

Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sibu

 

Pendaftaran Nama Perniagaan



Pengenalan

Pendaftaran Nama – Nama Perniagaan adalah ditadbir mengikut peruntukan Ordinan Nama – Nama Perniagaan (Bab.64).

“Perniagaan” termasuk semua niaga, pekerjaan, perusahaan atau profesyen yang dilakukan bertujuan untuk menghasilkan keuntungan.

Pegawai Daerah adalah Pendaftar Nama – Nama Perniagaan bagi daerah.

Perkongsian yang tergabung sebagai Syarikat Berhad di bawah Akta Syarikat 1965 dan perkongsian yang mempunyai rakan kongsi melebihi 20 orang tidak boleh didaftarkan di bawah Ordinan Nama – Nama Perniagaan.

 

Permohonan Pendaftaran Nama-nama Perniagaan Baru

Pemohon perlu membawa / mengemukakan dokumen – dokumen seperti berikut:

  1. Borang R20-Pind.1/86 dan 2 salinan Borang BNR (KG/IV) yang telah dilengkapi.  (Borang – borang tersebut boleh didapati di Pejabat Daerah).
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik – pemilik firma.
  3. Cop / Mohor firma
  4. Surat Perjanjian Penyewaan atau Surat kebenaran daripada pemilik premis.
  5. Surat Hakmilik Lot Tanah (Status tanah haruslah untuk tujuan komersil atau industri)
  6. Kelulusan Jabatan berkenaan.

Permohonan yang mempunyai dokumen sokongan yang sempurna dan lengkap (kecuali yang melibatkan tindakan agensi lain) akan diluluskan dalam tempoh 14 hari tertakluk kepada Pendaftar Nama – Nama Perniagaan Daerah berada di pejabat pada masa itu.


 

Permohonan Ekstrak Nama-nama Perniagaan

Pemilik firma boleh memohon Ekstrak Nama – Nama Perniagaan dengan cara berikut;

  1. Pemilik firma datang sendiri ke pejabat
  2. Memohon dengan cara bertulis
  3. Melalui firma guaman yang berdaftar

Permohonan daripada pihak ketiga (kecuali agensi – agensi kerajaan dan Firma Guaman) tidak diterima / dibenarkan.

Bayaran untuk Ekstraks Nama – Nama Perniagaan adalah sebanyak RM 2.00 (agensi Kerajaan dikecualikan).

Permohonan yang mempunyai dokumen sokongan yang sempurna dan lengkap diluluskan dalam tempoh 2 hari ; tertakluk kepada Pendaftar Nama – Nama Perniagaan Daerah berada di pejabat pada masa itu.


Permohonan Pembatalan Nama-nama Perniagaan

Pemohon (pemilik firma) perlu memohon secara bertulis.  Permohonan hendaklah disertakan dengan perkara – perkara berikut: -

  1. Sijil R.22 – Pind. 1/86 (asal) ;
  2. Lesen Perdagangan (asal)
  3. Petikan Perniagaan.

Sekiranya Sijil R.22 dan Lesen Perdagangan telah hilang, pemilik firma hendaklah menyatakannya dalam surat permohonan sebagai mengesahkan kehilangan tersebut.

Pemilik firma perlu menjelaskan segala tunggakan dan surcaj terhadap lesen – lesen yang hendak dibatalkan sebelum pembatalan dapat dilakukan.

Permohonan yang mempunyai dokumen sokongan / lengkap akan diluluskan dalam tempoh 14 hari ; tertakluk kepada Pendaftar Nama – Nama Perniagaan berada di pejabat pada masa itu.


 


Permohonan Pengeluaran Lesen Perdagangan

Pengeluaran Lesen Perdagangan Baru adalah susulan kepada Pendaftaran Nama – Nama Perniagaan.  Untuk permohonan Lesen Perdagangan Baru, pemohon hendaklah melengkapi borang – borang serta mengemukakan perkara – perkara berikut ;-

  1. Borang BNR
  2. Borang IRD No.8 Pind.1/86
  3. Borang T/L
  4. Sijil R.22 (asal) dan
  5. Cop/mohor firma

(Borang – borang tersebut boleh didapati dari Bahagian Kaunter, Pejabat Daerah)

Untuk permohonan Pembaharuan Lesen Perdagangan, pemohon hendaklah melengkapi / mengemukakan perkara – perkara berikut :

  1. Borang T/L
  2. Lesen Perdagangan (asal) yang lama dan
  3. Cop / mohor firma

Yuran Lesen Perdagangan yang tempoh sahlaku untuk 1 tahun adalah RM 25.00.

Lesen Perdagangan yang tidak diperbaharui dan melewati tempoh 30 hari selepas tarikh luput Lesen akan dikenakan surcaj sebanyak 50% Yuran asal iaitu RM 12.50.

Pembaharuan Lesen Perdagangan baru dan / atau pembaharuan akan disiapkan dalam tempoh 14 hari.


Permohonan Pindaan Butir-butir Nama-nama Perniagaan

Pemohon perlu memohon secara bertulis atau melalui firma guaman (sekiranya melibatkan pindah hakmilik / syer firma berkenaan).  Selain itu, pemohon perlu melengkapi / mengemukakan perkara – perkara seperti berikut:-

  1. Sijil Pendaftaran (asal) Nama – Nama Perniagaan
  2. Lesen Perdagangan (asal)
  3. Salinan Application for Transmission atau / dan Memorandum of Transfer (yang telah dilengkapi / didaftar dengan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kuching) jika pindaan melibatkan pindah hakmilik syer firma.

Permohonan yang mempunyai dokumen sokongan / lengkap akan diluluskan dalam tempoh 14 hari tertakluk kepada Pendaftar Nama – Nama Perniagaan berada di pejabat pada masa itu.


BAYARAN

RM50.00 bagi bayaran pendaftaran

RM25.00 bagi yuran tahunan untuk setiap lesen perdagangan

RM2.00 untuk Ekstrak ataupun Cabutan