Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Pengenalan Pejabat Daerah Sibu

 

Pengenalan Pejabat Daerah Sibu


Pengenalan Pejabat Daerah Sibu Cetak Pengenalan Pejabat Daerah Sibu

Pejabat Daerah Sibu merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Kini, Pejabat Daerah Sibu beroperasi di Tingkat 4, Kompleks Islam Sarawak (Sibu) yang merupakan mercu tanda baharu bandar Sibu.



Sejarah penubuhan Pejabat Daerah Sibu bermula dengan sejarah permulaan kewujudan Bandar Sibu yakni pada pertengahan abad yang ke-19 iaitu sewaktu berlakunya pergolakan politik di Sarawak yang mana pada masa tersebut Sibu adalah merupakan tanah jajahan kesultanan Brunei. Akibat daripada pergolakan tersebut James Brooke yang telah tiba ke Sarawak pada tahun 1841 telah mengambil kesempatan dengan membantu kesultanan Brunei dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Sebagai balasan kesultanan Brunei pada ketika itu telah menyerahkan Sarawak termasuk Sibu kepada Rajah pertama iaitu Rajah James Brooke pada tahun 1853.

Tidak lama selepas daripada peristiwa itu, Rajah James Brooke telah membina satu kubu yang di namakan "Fort Brooke" yang dijadikan sebagai pusat Pentadbiran di kawasan Sibu

Pejabat Daerah Sibu diketuai oleh seorang Pegawai Daerah dan merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan di bawah Pentadbiran Negeri. Bidang perkhidmatan yang terdapat di Pejabat Daerah Sibu ialah menguruskan Pentadbiran dan Akaun, Pembangunan dan Hal Ehwal Awam. Pejabat Daerah Sibu mula beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.


SENARAI PEGAWAI DAERAH YANG PERNAH DAN SEDANG BERKHIDMAT DI PEJABAT DAERAH SIBU (1939 HINGGA SEKARANG)

BIL

NAMA PEGAWAI DAERAH

TAHUN BERKHIDMAT

1.

 J.C.B Fisher

1939 - 1942

2.

 ARG Morrison

1942 - 1946

3.

 Paul Harrison

1946 - 1949

4.

 AR Senlus

1949 - 1953

5.

 P.B. Smith

1953 - 1957

6.

 A.T.R Jackson

1957 - 1959

7.

 A.M. Philip

1959 - 1961

8.

 P.D.S Cottrell

1961 - 1963

9.

 Wan Ali Tuanku Ibrahim

1963 - 1967

10.

 Abang Mohamad Sakarwi

1967 - 1971

11.

 Edward Sadai Anja

1971 - 1975

12.

 Wong Sie Hua

1975 - 1977

13.

 Abang Haji Ma'moon Nawawi

1977 - 1981

14.

 Aloysius Chong Vui Khiong

1981 - 1983

15.

 Sebli bin Haji Ibrahim

1983 - 1988

16.

 Jolhi bin Sa'ar

1988 - 1990

17.

 Jonathan Saga Supit

1990 - 1992

18.

 Salleh bin Yusop

1992 - 1996

19.

 Ling Kai Siew

1997 - 1999

20.

 Aloysius Chong Vui Khiong

1999 - 2003

21.

 Law Tieng Kiet

2003 - 2007

22.  Wong See Meng

2003 - 2012

23.  Khalid bin Andong 2012 - 2013
24.  Kueh Lei Poh 2013 - 2014
25.  Abdul Malik bin Hashim (Memangku)
2014 - 2015
26  Wong Hee Sieng 2015  hingga kini
 
image Undian
image Pengumuman