Anak Angkat
PENDAFTARAN ANAK ANGKAT
Pengenalan
Setiap ibubapa atau individu yang ingin mengambil anak angkat di negeri Sarawak haruslah mendaftar pengangkatan anak yang ingin diangkat mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Undang-undang (Ordinan Pengangkatan [BAB 91]) seperti berikut:-
- Salinan Sijil Kelahiran (1 salinan) beserta Sijil Kelahiran yang asli;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa Kandung, Ibu Bapa Angkat dan 2 orang saksi;
- Salinan Surat Nikah Ibu Bapa Angkat beserta Sijil Asli;
- Borang Permohonan Untuk Pendaftaran Anak Angkat [Seksyen 3(1)];
- Surat Sumpah (Diisi oleh Ibu Bapa Angkat);
- Borang Maklumat Tambahan Lampiran A (1 salinan)'Salinan Sijil Lahir Ibu Bapa Angkat;
- Surat Cerai/Sarak (Jika berkenaan);
- Surat Akuan Kelahiran Anak Luar Nikah bagi Ibu tunggal;
- Surat Pengesahan daripada Ketua Masyarakat/Ketua Kaum sekiranya orang yang mengangkat tersebut masih bujang.
Dokumen-dokumen yang diperlukan
- Borang Permohonan Untuk Pendaftaran Anak Angkat [Seksyen 3(1)]*
- Borang Maklumat Tambahan
- Surat Sumpah (Akuan daripada keluarga angkat)
- Surat Sumpah (Jika yang mengangkat itu masih bujang)
- Surat Akuan Anak Luar Nikah
- Surat Akuan Anak Terbuang
Nota : * Pemohon hendaklah datang sendiri ke mana-mana Pejabat Daerah untuk mengambil borang tersebut.
Proses Kerja
Proses 1 - Menerima kunjungan dan permohonan daripada ibu/bapa kandung, ibu/bapa angkat dan 2 orang saksi.
Proses 2 - Siasat latarbelakang pemohon
Proses 3 - Perlu dipastikan bahawa Pemohon membawa dokumen-dokumen sokongan dan memenuhi syarat yang diperlukan serta melengkapkan Borang Permohonan yang disertakan.
Proses 4 - Ibu bapa kandung, ibu/bapa angkat dan 2 orang saksi dibawa masuk ke dalam bilik Pegawai Daerah untuk ditemuduga.
Proses 5 - Jika diluluskan oleh Pegawai Daerah, ambil tandatangan kedua-dua pihak termasuk saksi.
Proses 6 - Taip Sijil Anak Angkat G.114 dan Borang Maklumat Tambahan.
Proses 7 - Tandatangan Pegawai Daerah
Proses 8 - Serahkan salinan asal Sijil Anak Angkat G.114 dan Borang Maklumat Tambahan kepada pemohon.
