Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Soalan Lazim

 

Soalan Lazim


S : Bagaimana untuk membuat aduan, maklumbalas , komen atau mendapatkan maklumat berhubung Jabatan tuan ?

J : Terdapat 3 cara : 

  • Anda bolehlah terus ke pautan perkhidmatan kami > Perkhidmatan Atas talian > Talikhidmat atau terus log ke pautan berikut :http://talikhidmat.sarawak.gov.my/apps/talikhidmat/v3/modules/web/ 
  • Anda juga boleh menghantar terus maklumbalas anda ke Pejabat Residen Sibu melalui pautankomen di laman web ini. 
  • Disamping itu , aduan dan maklumbalas juga boleh lah dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip [Nama] [kad pengenalanan] [Komen] [RESIDENSIBU] dan hantar ke nombor 62999.


 

S : Bolehkah saya menjalani latihan industri (praktikal) di jabatan tuan?

J : Ya. Dengan mengemukakan permohonan bertulis ke alamat berikut:

Residen Bahagian Sibu,
Pejabat Residen Bahagian Sibu
Tingkat 5, Kompleks Islam Sarawak Sibu,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu Sarawak

Tel: 084321963/330202/332581

 


 

S : Bagaimana saya boleh menyemak status permohonan saya (contoh Permohonan lesen pungutan awam, permohonan pindah hak milik senapang patah, permohonan ketua masyarakat & ketua kaum) ?

J : Bagi menyemak status permohonan yang dipohon, anda bolehlah menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan dilaman web ini atau bolehlah menghubungi terus pegawai-pegawai yang berkaitan di pejabat kami melalui telefon atau email dan pihak kami akan memberi maklumbalas secepat mungkin.

 


 

S : Bagaimana untuk memohon sebarang kekosongan jawatan di Pejabat Residen Sibu ?

J : Bagi setiap permohonan jawatan kosong di Jabatan ini, hendaklah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak atau dengan melayari website (www.e-recruitment.gov.my) untuk maklumat lanjut.


 

S : Siapakah pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen di Pejabat Residen Sibu dan apakah yang perlu dibawa bersama ?

J : Pengesahan dokumen boleh dilakukan oleh pegawai kumpulan B (Gred 27 ke atas) dan sila bawa bersama salinan dokumen asal dokumen yang ingin disahkan untuk semakan pegawai pengesah.


 

S : Apakah prosedur membuat akuan sumpah di Pejabat Residen Sibu dan dengan siapakah akuan sumpah boleh dibuat?

J : Pelanggan yang ingin membuat akuan sumpah, hendaklah hadir dan menandatangani akuan sumpah dihadapan pesuruhjaya sumpah yang telah dilantik. Permohon tidak boleh mewakilkan orang untuk pihaknya semasa akuan sumpah dilakukan. 


 
image Undian
image Pengumuman