Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Announcement

 

Program Jum Regista

Posted on 11 May 2022

Untuk makluman semua, tarikh tentatif untuk Program Jum Regista Business pada 14-15 Jun 2022.

Objektif program ini adalah                                                                                                               
i) Memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan memiliki lesen perniagaan untuk menjalankan perniagaan secara sah serta membolehkan mereka menikmati bantuan kewangan dari agensi keusahawanan & institusi kewangan.                                                                                       

ii) Membantu mendaftarkan lesen perniagaan usahawan & peniaga bagi pembangunan perniagaan.       

iii) Memberi latihan serta bimbingan dalam pengurusan syarikat dan perniagaan serta khidmat bimbingan dalam pembangunan dan pemasaran produk.                                                                     

Kos pendaftaran lesen perniagaan dibiayai oleh peserta, manakala sewaan alamat perniagaan  selama setahun untuk bumiputera akan dibiayai oleh MINTRED (pembayaran melalui SEDC). Peserta bukan bumiputera perlu cari alamat perniagaan sendiri.  Sesiapa yg berminat menyertai program tersebut, boleh melengkapkan borang maklumat dan hantar ke Pejabat Daerah Sibu melalui faks 084-337022 atau emel sylvialgs@sarawak.gov.my sebelum 31 Mei 2022. Terima kasih. 

Borang Program Jum Regista boleh didapati bahagian Muat Turun di :

https://sibu.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=download



Undian
Pengumuman