Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

picture

 

Permohonan Pendaftaran Probate


MAKLUMAT UMUM

Probet adalah proses pentadbiran harta pusaka si mati untuk pemindahan harta pusaka kepada waris dan benefesiari. Di Sarawak, Pentadbiran Estet ditadbir berdasarkan kepada “ Ordinan Pentadbiran Estet, Bab 80” dan Duti Harta Pusaka berdasarkan kepada “Ordinan Duti Harta Pusaka, Bab 29”. “Surat  Kuasa Mentadbir “ diberikan oleh mahkamah kepada seorang yang khusus untuk bertindak sebagai pentadbir harta pusaka si mati apabila mati tanpa berwasiat. “Urusan Probet” memberi kuasa di sisi undang-undang kepada pentadbir bagi seseorang yang meninggal dunia tanpa wasiat. “Pegawai Daerah” adalah “Pegawai Probet”.


 

Siapa Layak Memohon

  • Balu kepada si mati
  • Anak lelaki kepada si mati
  • Bapa kepada si mati
  • Janda kepada si mati
  • Saudara lelaki paling rapat kepada si mati
  • Saudara perempuan paling rapat kepada si mati
  • Pemiutang ke[ada si mati
  • Pemohon untuk probet mesti adalah waris sah di dalam wasiat si mati

Undang-Undang /Peraturan

  • Ordinan Pentadbiran Estet, Bab 80. Ordinan Duti Harta Pusaka, Bab 29.

Borang Rasmi

-

Bayaran Yuran

-

 Dokumen yang Diperlukan

  1. Sijil kematian
  2. Temenggong/Pemanca/Ketua Masyarakat/ Ketua Kaum dikehendaki hadir bersama waris simati [sewaktu pendaftaran] bagi tujuan pengesahan dalam Buku Daftar Probet.
  3. Surat Izin Persetujuan daripada waris-waris untuk melantik Pentadbir [Saksi hendaklah daripada Temenggong /Pemanca/Ketua Masyarakat/Ketua Kaum/Ketua Jabatan Simati]
  4. Surat Wasiat Asal
  5. Surat Sumpah [Bagi kes berwasiat hendaklah terdiri daripada 2 saksi]
  6. Kad Pengenalan waris terdekat
  7. Sijil Perkahwinan/Nikah [gemulah/simati]
  8. ASET
  9. Harta Tak Alih [Geran Tanah, Memorandum Pindah Milik Cagaran, Sewaan, Kaveat P/A]
  10. Akaun Bank [Penyata Akaun Semasa, Buku Akaun Simpanan, Resit Akaun SImpanan Tetap, Resit Peti Deposit]
  11. Saham [Sijil Saham & Surat Pengesahan nilai saham pada tarikh kematian gemulah/simati]
  12. Insuran [Surat Pengesahan amaun tuntutan dari Syarikat Insuran]
  13. Perniagaan [Penyata kunci kira-kira Akaun Keuntungan/Kerugian pada tarikh kematian]
  14. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja/KWSP [Surat Pengesahan jumlah tuntutan terkini daripada Pejabat KWSP]
  15. Kenderaan [Geran Pendaftraan]
  16. Senjata Api [Lesen Pendaftaran]
  17. Surat Akuan/Surat Sumpah sekiranya tiada Sijil Kematian [Bagi yang meninggal dunia sebelum Hari Malaysia]
 
picture Undian
picture Pengumuman