Perutusan Pegawai Daerah Selangau
Yalin Anak Asan
Dengan segala hormatnya, saya ingin mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada anda semua ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Selangau. Saya amat mengharapkan ianya akan dapat memberi maklumat tambahan mengenai fungsi pejabat dan komitmen kami kepada semua dan seterusnya mampu memberi maklumat mutahkir pejabat ini dari masa ke semasa.
Pada abad ke-21 ini, keperluan dan kepentingan di dalam memahami IT amat penting kepada semua pegawai di dalam sesebuah perkhidmatan awam. Oleh itu, dengan adanya laman web kami yang pertama ini, ia mampu mewujudkan suatu bentuk pembangunan kendiri terutama sikap seseorang pegawai untuk bersedia menerima sesuatu perubahan, kemajuan diri dan seterusnya mampu mewujudkan kelainan sesebuah Jabatan dari sudut yang positif.
Dari sinilah saya berharap dengan adanya kemajuan kendiri selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini, usaha kerajaan didalam mewujudkan 'E-Government' tercapai dengan sepenuhnya.
Oleh itu, saya menyeru kepada pegawai-pegawai supaya menanamkan sikap kesedaran dalam bidang teknologi maklumat yang akan mengubah cara kita berkomunikasi. Kini maklumat berada dihujung jari, terpulanglah kepada kita memilih perubahan yang dikehendaki dan bersedialah didalam menghadapi dunia Globalisasi dan Dunia Baru ini.
Sekian, terima kasih.
BERSATU BERUSAHA BERBAKTI
AN HONOUR TO SERVE
Yalin Anak Asan
Pegawai Daerah Selangau