Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

picture

 

Perutusan Pegawai Daerah Kanowit


 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera kepada semua.

Sebagai penyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat selari arus Pelan Transformasi (GTP), Pejabat Daerah Kanowit telah berusaha dan berjaya membangunkan laman web pejabat dengan bantuan agensi-agensi lain seperti pihak ICTU dan SAINS.

Tidak dapat dinafikan peningkatan taraf pendidikan dan kehidupan dalam kalangan masyarakat turut menuntut Pejabat Daerah Kanowit lebih sensitif dengan keperluan dan kehendak masyarakat masa kini. Dalam hal ini, kami akan terus berusaha menjadi nadi penggerak dalam menyalurkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan yang tepat serta terkini kepada rakyat.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang menjadi "jambatan penghubung", kami juga bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, mengurus, mentadbir dan melaksanakan program serta projek pembangunan di Daerah Kanowit.

Akhir sekali, saya amat berharap dengan membangunkan laman web ini dapat memudahkan lagi interaksi antara Pejabat Daerah Kanowit dengan RAKYAT. Sekian Terima Kasih.

 

Sekian Terima Kasih


"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"An Honour To Serve"


JACKLINE BT AUGUST@AUGUST JAHAR
Pegawai Daerah Kanowit

 
picture Undian
picture Pengumuman