Perlidungan Data Teknologi terkemuka termasuk perisian enkripsi digunakan untuk melindungi mana-mana data yang diserahkan kepada kami dan piawai keselamatan yang ketat dilaksanakan untuk mencegah capaian secara haram.
Keselamatan Storan Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi dijamin keselamatannya dan distorkan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.