Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. 6) : Bagaimana untuk membuat aduan, maklumbalas , komen atau mendapatkan maklumat berhubung Jabatan tuan ?

J : Terdapat 3 cara : 

  • Anda bolehlah terus ke pautan perkhidmatan kami > Perkhidmatan Atas talian > Talikhidmat atau terus log ke pautan berikut : http://talikhidmat.sarawak.gov.my/apps/talikhidmat/v3/modules/web/ 
  • Anda juga boleh menghantar terus maklumbalas anda ke pejabat kami melalui pautan komen di laman web ini. 
  • Disamping itu , aduan dan maklumbalas juga boleh lah dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip [Nama] [kad pengenalanan] [Komen] [PENTADBIRANBAHAGIANSIBU] dan hantar ke nombor 62999.
2. 5) : Bolehkah saya menjalani latihan industri (praktikal) di jabatan tuan?

J : Ya. Dengan mengemukakan permohonan bertulis ke alamat berikut:

Hubungi Kami  

Pejabat Residen Bahagian Sibu

Aras 5, Kompleks Islam Sarawak Sibu,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu, Sarawak.

Phone Tel: +6084-321963 / 330202 / 332581

Fax 
Faks: +6084-320970 / 347701


Pejabat Daerah Sibu

Aras 4, Kompleks Islam Sarawak Sibu,
Jalan Awang Ramli Amit,
96000 Sibu, Sarawak.

Phone Tel: +6084-319687 (Ptd. Am) / +6084-318591 (UTC)

Fax 
Faks: +6084-337022

 

Pejabat Daerah Kanowit

Jalan Durin Kanowit,
96700 Kanowit, Sarawak.

Phone Tel: +6084-752939 / +6084-752963

Fax 
Faks: +6084-752937

 

Pejabat Daerah Selangau

Kilometer 80, Jalan Sibu/Bintulu,
96000 Selanagau, Sarawak.

Phone Tel: +6084-891321

Fax 
Faks: +6084-891380

3. 4): Bagaimana saya boleh menyemak status permohonan saya ?

J : Bagi menyemak status permohonan yang dipohon, anda bolehlah menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan dilaman web ini atau bolehlah menghubungi terus pegawai-pegawai yang berkaitan di pejabat kami melalui telefon atau email dan pihak kami akan memberi maklumbalas secepat mungkin.

4. 3) : Bagaimana untuk memohon sebarang kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri ?

J : Bagi setiap permohonan jawatan kosong di Jabatan Kerajaan Negeri, hendaklah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak atau dengan melayari website (www.e-recruitment.gov.my) untuk maklumat lanjut.

5. 2) : Siapakah pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen di pejabat tuan dan apakah yang perlu dibawa bersama ?

J : Pengesahan dokumen boleh dilakukan oleh pegawai kumpulan B (Gred 27 ke atas) dan sila bawa bersama salinan dokumen asal dokumen yang ingin disahkan untuk semakan pegawai pengesah.

6. 1) : Apakah prosedur membuat akuan sumpah di pejabat tuan dan dengan siapakah akuan sumpah boleh dibuat?

J : Pelanggan yang ingin membuat akuan sumpah, hendaklah hadir dan menandatangani akuan sumpah dihadapan pesuruhjaya sumpah yang telah dilantik. Permohon tidak boleh mewakilkan orang untuk pihaknya semasa akuan sumpah dilakukan. 

7. 1) : Bagaimana proses membuat anak angkat?

J : Anda perlu mengemukakan Sijil Kelahiran Asal bagi anak yang hendak diangkat terlebih dahulu untuk rujukan pejabat.

8. 2) : Berapa had umur anak yang boleh dijadikan anak angkat?

J : Had umurnya adalah 18 tahun kebawah.

9. 3) : Berapakah jarak umur keluarga angkat dengan anak yang hendak diangkat?

J : Jarak umurnya adalah 21 tahun ke atas, KECUALI anak yang diangkat tersebut adalah anak kandung sendiri (anak luar nikah).

10. 4) : Adakah status orang yang belum berkahwin boleh mengangkat anak?

J : Boleh. Bagi perempuan, beliau boleh mengangkat anak perempuan dan lelaki TETAPI bagi lelaki, tidak dibenarkan mengangkat anak perempuan.

11. 5) : Adakah saya boleh membuat permohohonan anak angkat, jika saya dari daerah lain ke daerah Kanowit?

J : Tidak boleh KECUALI salah satu keluarga angkat ataupun keluarga kandung berkenaan menetap di daerah Kanowit.

12. 7) : Apakah e-Kasih?

JeKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

 

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

 

Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

 

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

 

Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.

(Sumber: https://ekasih.icu.gov.my)

 



image Undian
image Pengumuman