RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Kevin (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama yang lain selepas menyerahkan bubur lambuk kepada pihak Hospital Sibu hari ini.
SIBU: Lembaga Pelawat Hospital Sibu semalam telah menyerahkan 500 kontena bubur lambuk kepada Hospital Sibu untuk diagihkan kepada para pesakit.
Aktiviti itu diketuai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sibu Awang Mohammad Nizam dan diselaras Timbalan Pengarah Hospital Sibu Tiong Hwa Nguong.
Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sibu Kevin Lau ketika menyampaikan ucapan ringkasnya berkata, inisiatif menganjurkan program itu mendapat sokongan daripada semua ahli lembaga pelawat.
"Dengan semangat Ramadan Mubarak, saya berharap melalui gerakan kecil mengedarkan bubur lambuk kepada pesakit hospital kami dapat menaikkan semangat pesakit dan membawa sedikit kehangatan semasa proses pemulihan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Turut hadir Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar dan ahli lembaga pelawat Kaunselor Raden Khairulzaman Bustari dan Wong Hieng Chiung.