Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Lapan belia Sibu jayakan projek MySaveFood Ramadan

Posted on 06 Apr 2023
Source of News: Utusan Borneo
Sekitar projek MySaveFood Ramadan di tapak Bazar Ramadan, Dataran Tun Tuanku Bujang, Fasa II, baru-baru ini. - Gambar Morni Ibrahim PBSB Sibu


Sekitar projek MySaveFood Ramadan di tapak Bazar Ramadan, Dataran Tun Tuanku Bujang, Fasa II, baru-baru ini. - Gambar Morni Ibrahim PBSB Sibu

SIBU: Seramai lapan belia telah bergabung tenaga bagi menjayakan projek MySaveFood Ramadan di tapak Bazar Ramadan, Dataran Tun Tuanku Bujang, Fasa II, baru-baru ini.

 

Projek ini berlangsung selama lapan hari bermula Isnin lalu hingga 10 April.

Projek MySaveFood Ramadan merupakan satu usaha mengurangkan pembaziran makanan yang terjadi di bazar Ramadan dengan menyalurkan lebihan makanan peniaga bazar yang tidak terjual kepada golongan yang memerlukan.

Melalui inisiatif ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat melalui pembudayaan sistem pengurusan sisa makanan yang lebih efektif.

Seramai 40 peniaga telah memberikan kerjasama baik dengan menyumbangkan makanan yang tidak habis dijual untuk diberikan kepada orang-orang yang memerlukan melalui Projek MySaveFood ini. 

 

Projek ini turut dipantau kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bagi melancarkan lagi projek tersebut.



image Kalendar
image Undian
image Pengumuman