RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: Sebanyak 5,000 bungkus bubur pedas di bawah Program Gerak Rahmah 2023: Segulai Sejalai Bubur Pedas diagihkan kepada orang ramai di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, pada Sabtu.
Program yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara itu dirasmikan oleh menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Aaron ketika ditemui pemberita berkata, sebanyak 92,000 paket bubur pedas akan diedarkan kepada orang ramai di seluruh Sarawak sempena program itu oleh kementeriannya.
"Program sangat baik untuk menyemai nilai murni dalam kalangan rakyat kerana ia bukan sahaja melibatkan masyarakat malah agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Ini merupakan lokasi kedua program pengagihan bubur pedas anjuran kementerian kita, selepas yang pertama di Kuching. Sambutan di sini (Sibu) amat menggalakkan. Sudah tentu program ini akan diadakan di seluruh negeri," katanya.
Terdahulu, Kementerian Perpaduan Negara juga telah berjaya melaksanakan Program Gerak Rahmah iaitu, 'Jom Sihat' pada 25 Februari lalu, 'Jom Ronda' pada 17 Mac dan 'Jom Mask Bubur Lambuk' pada 1 April secara serentak di seluruh negara.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Residen Sibu Wong Hee Sieng dan lain-lain.