Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka berada di Sibu

Disiarkan pada 20 Jun 2023
Sumber Berita: Utusan Borneo
Wong (depan, dua kanan) melakukan pelepasan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Bangunan Kompleks Islam Sibu hari ini.


Wong (depan, dua kanan) melakukan pelepasan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Bangunan Kompleks Islam Sibu hari ini.

SIBU: Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng melakukan pelepasan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Bangunan Kompleks Islam Sibu di sini, hari ini.

 

Konvoi sempena sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka itu menuju ke Pasar Sentral Sibu sebagai salah satu perhentian di bahagian Sibu.

Ketibaan mereka di pasar basah terbesar di Sarawak itu disambut oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang.

Dari Pasar Sentral Sibu, konvoi menuju ke perhentian seterusnya iaitu pasar raya Farley.

Esok, konvoi dijadual meneruskan perjalanan ke perhentian seterusnya iaitu Pasar Tamu Sibu Jaya dan Tebingan Kanowit.



image Undian
image Pengumuman