RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU
SIBU: SABERKAS Pelawan dan Belia Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pelawan akan menganjurkan kempen derma darah sempena sambutan Hari Sarawak 2023 pada 19 Julai ini.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam, kempen tersebut mendapat kerjasama Pusat Khidmat N54 Pelawan, Persatuan Kebajikan Masyarakat Pelawan, Tabung Darah Hospital Sibu dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan Sibu).
Kempen tersebut akan diadakan di Orange Zone, Star Mega Mall, bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.
"Program terhad kepada 100 individu untuk mengambil bahagian dalam kempen derma darah kali ini.
"Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan https://forms.gle/25dJLNNN43c1hZnf9," jelasnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti ini, orang ramai boleh menghubungi Michelle di talian 019-8281515 atau Chou Kok Jin 019-8597607.