Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

35 peserta menghadiri kursus pemerkasaan KMKK dan JKKK

Disiarkan pada 15 Nov 2023
Sumber Berita: Utusan Borneo
Chieng (tujuh kiri), Macgyver (enam kiri) dan Cynthia (lima kanan) bersama peserta pada kursus itu di Sibu hari ini.
Chieng (tujuh kiri), Macgyver (enam kiri) dan Cynthia (lima kanan) bersama peserta pada kursus itu di Sibu hari ini.

SIBU: Seramai 35 peserta menghadiri Kursus Pemerkasaan (Pengurusan dan Penyediaan Minit Mesyuarat) Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek di sini hari ini.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata kursus itu diadakan sebagai program penyampaian maklumat berkaitan tatacara serta garis panduan pengurusan minit mesyuarat JKKK.

Katanya, ia bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat mengenai kriteria penulisan minit mesyuarat berkualiti.

“Saya yakin kursus ini dapat membantu semua pengerusi dan setiausaha JKKK serta melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan minit mesyuarat atau notis mesyuarat menggunakan pendekatan ceramah, latihan amali dan perbincangan berkumpulan.

”Saya berharap melalui kursus seperti ini pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan KMKK dan JKKK dapat disebarluaskan kepada masyarakat secara amnya dan penduduk secara khususnya,” katanya berucap pada majlis penutupan kursus itu di sini hari ini.

 

Kursus tersebut merupakan anjuran Pusat Khidmat DUN Bukit Assek dengan kerjasama Pejabat Daerah Sibu.

Dalam pada itu, Chieng turut menggesa semua ahli jawatankuasa JKKK menjadi jambatan antara kerajaan dan penduduk tempatan. 

“Kita mesti ambil inisiatif menganjurkan projek komuniti bermakna dan sentiasa memberi tumpuan dan keutamaan terhadap segala keperluan rakyat,” jelasnya.

Hadir sama wakil Pemangku Residen Bahagian Sibu Macgyver Boi, wakil Pegawai Daerah Sibu Cynthia Ong dan yang lain.



image Undian
image Pengumuman