Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Skuad Bomba Peryatim KKJTHB Sibu dilancar

Posted on 08 Jan 2024
Source of News: Utusan Borneo
Skuad Bomba Peryatim merakamkan kenangan bersama Yusnar (duduk tengah) pada program tersebut.
Skuad Bomba Peryatim merakamkan kenangan bersama Yusnar (duduk tengah) pada program tersebut.

SIBU: Skuad Bomba Peryatim Kompleks Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu telah dilancarkan di sini, pada Sabtu.

Pelancaran itu diadakan dengan kerjasama pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan KKJTHB Sibu pada satu Program Khidmat Bakti Masyarakat Komuniti anjuran pelajar Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Sibu yang berlangsung di KKJTHB Sibu.

Pengerusi KKJTHB Datuk Mohd Yusnar Matalie telah melancarkan Skuad Bomba Peryatim yang turut dihadiri oleh PBK I Shairulnizam Wailie selaku mewakili Ketua Balai.

Seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada penghuni KKJTHB telah terlibat di dalam program tersebut.

Antara pengisian program ialah ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi tatacara penggunaan alat pemadam api dan demonstrasi pengendalian kebakaran dapur dan gas LPG oleh PB Muhammad Tamril Rabuan dan PB Harry Denel Rantai.



image Undian
image Pengumuman