Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

picture

News

 

Dua ketua masyarakat Cina di Kanowit dilantik penghulu

Posted on 28 Mar 2024
Source of News: Utusan Borneo
(Berdiri tengah) Tiong dan Lim (kanan) menunjukkan sijil pelantikan mereka ketika bergambar bersama (duduk dari dua kanan) Lau, Anyi, Wong, Allan dan Jackline serta yang lain di Sibu, hari ini.
(Berdiri tengah) Tiong dan Lim (kanan) menunjukkan sijil pelantikan mereka ketika bergambar bersama (duduk dari dua kanan) Lau, Anyi, Wong, Allan dan Jackline serta yang lain di Sibu, hari ini.

SIBU: Dua ketua masyarakat Cina di Kanowit, hari ini menerima sijil pelantikan sebagai penghulu bermula tahun ini.

Pelantikan melalui Pejabat Daerah Kanowit itu melibatkan Penghulu Lim Kuah Liew bagi kawasan pekan Kanowit dan Machan.

Penghulu Tiong Min Sin@Tiong Ming Kiong pula bagi kawasan Nanga Dap, Ngemah dan Lian Hup.

Pelantikan ini adalah bagi tempon satu penggal bermula 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2027.

Sijil pelantikan disampaikan Residen Bahagian Sibu Datu Wong Hee Sieng di Pejabat Residen Bahagian Sibu.

Majlis tersebut disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong dan ADUN Ngemah Anyi Jana.

Turut hadir ialah Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming dan Pegawai Daerah Kanowit Jackline August.



picture Undian
picture Pengumuman