Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Allan sumbang kerusi roda kepada pasangan suami isteri memerlukan

Disiarkan pada 24 Jun 2024
Sumber Berita: Utusan Borneo
Pergerakan Wanita PBB Machan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada suami isteri yang menghidap penyakit kencing manis.
Pergerakan Wanita PBB Machan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada suami isteri yang menghidap penyakit kencing manis.

KANOWIT: ADUN Machan Allan Siden Gramong menghulurkan sumbangan dua unit kerusi roda kepada suami isteri yang menghidap penyakit kencing manis.

Bandar Najat, berasal dari Rumah Bandar, Kampung Pisang di sini, manakala isterinya Bigok Jamba turut menghidap penyakit buah pinggang.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.50 Machan di bawah Program Skuad Kasih Sayang N.50 Machan.

Selain itu, mereka juga telah memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Randi Ingai, bapa kepada Exco Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan Lemok Randi di Rumah Besi Paong, Sungai Maong.

Rombongan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada Nandong Randi iaitu anak mendiang.

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Bendahari Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.50 Machan Belala Empawie.



image Undian
image Pengumuman