Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Orang ramai dipelawa sertai larian Farley Riang Ria pada 1 September

Posted on 24 Jun 2024
Source of News: Utusan Borneo
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR pada poster atau berkunjung ke Pasar Raya Farley Sibu.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR pada poster atau berkunjung ke Pasar Raya Farley Sibu.

SIBU: Orang ramai dipelawa mengambil bahagian dalam acara larian Farley Riang Ria anjuran Pasar Raya Farley Sibu yang akan diadakan pada 1 September depan.

Eksekutif Sumber Manusia Farley Sie Sing Ying berkata, acara akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Fun Walk 1.6 kilometer (km) dan Fun Run 6km.

“Acara ini kita anjurkan buat julung kalinya dan kita menyasarkan penyertaan kira-kira 2,000 orang,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Menurut Sing, acara akan bermula seawal jam 5.30 pagi dan peserta diminta untuk datang awal bagi mengelak sebarang kesulitan.

Sehubungan itu kata Sing, mereka yang berminat mengambil bahagian dalam acara itu boleh mendaftarkan diri mulai sekarang dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Ogos.

Katanya, bagi pendaftaran awal sehingga 31 Julai, yuran adalah RM35 untuk kategori Fun Walk dan RM50 bagi kategori Fun Run.

"Manakala bagi mereka yang mendaftar 1 Ogos dan seterusnya sehingga tarikh tutup penyertaan, bayaran RM40 untuk Fun Walk dan RM55 bagi kategori Fun Run," jelasnya.

Ibu bapa turut digalakkan untuk membawa bersama anak-anak mereka menyertai acara Fun Walk dan yuran pendaftaran hanya RM20 untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

“Penggunaan kereta sorong untuk kanak-kanak adalah dibenarkan,” kata Sing.

Peserta Fun Run yang berjaya menamatkan larian di tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM500, diikuti RM300 di tempat kedua dan RM200 ketiga.

Lima pemenang sagu hati akan menerima wang tunai RM100 setiap seorang.

Sing berkata, semua peserta layak untuk menyertai acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

“Antaranya iPad, telefon pintar, peti ais, TV LCD dan lain-lain lagi,” katanya.

Terdapat acara lain yang turut diadakan seperti zumba, makanan percuma, permainan sukaneka dan banyak lagi.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster acara atau berkunjung ke Pasar Raya Farley Sibu atau menghubungi talian 016-8279138 untuk pertanyaan lanjut.



image Undian
image Pengumuman