Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Sebahagian laluan di Batu 10, Jalan Oya runtuh, pihak berkuasa digesa segerakan kerja pembaikan

Posted on 26 Jun 2024
Source of News: Berita Sarawak

 

  •  2024-06-26T09:30:19+08:00
Bahagian jalan di Batu 10, Jalan Oya, di sini yang runtuh dan membahayakan pengguna jalan raya.
Bahagian jalan di Batu 10, Jalan Oya, di sini yang runtuh dan membahayakan pengguna jalan raya.

SIBU: Hujan lebat telah menyebabkan sebahagian laluan di Batu 10, Jalan Oya, di sini runtuh dan membahayakan pengguna jalan raya. 

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling telah bergegas ke lokasi semalam untuk memeriksa kerosakan dan meminta agar kerja-kerja pembaikan dilakukan segera.

Ling berkata, insiden tanah runtuh kali pertama berlaku dua bulan lalu dan menjejaskan paip air Lembaga Air Sibu (LAS). 

Namun, hujan lebat baru-baru ini menyebabkan insiden sama berulang, melibatkan jalan sepanjang 25 kaki.

“Kali pertama kejadian tanah runtuh berlaku ialah pada dua bulan lalu dan menjejaskan paip air milik LAS.

“Insiden tanah runtuh kembali berulang, dan ia mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya,” ujarnya.

Katanya, insiden tanah runtuh terbabit telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut dan tindakan segera perlu dilakukan.

Selain itu, pihak berkuasa sudah memasang papan tanda amaran tetapi masih didapati tidak mencukupi untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

"Papan amaran tidak mencukupi untuk keselamatan pengguna jalan. Jabatan Kerja Raya (JKR) mesti segera memperbaiki jalan ini," tegas Ling.

  •  oleh 
    Andy Sabang


image Undian
image Pengumuman