RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

SIBU: Seramai enam ketua masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka menerima watikah pelantikan masing-masing, hari ini.
Penyampaian watikah di Pejabat Daerah Sibu melibatkan lima pelantikan Kapitan dan seorang Penghulu.
Pelantikan baharu ialah Penghulu Teo Nging Poh, Tiong Siew Ping, Goh Kee Seng, dan Tay Guan Boo.
Dua pelantikan semula ialah Kapitan Wong Kiong Khing dan Tiong Chiong Kiing.
Hadir menyampaikan watikah pelantikan tersebut ialah Pegawai Daerah Sibu Khalid Andong.
Turut hadir, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Joshua Ting, Kaunselor Datuk Teo Boon Siew dan yang lain.