Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Bangunan baharu Pasar Sungai Merah mula beroperasi bulan ini

Posted on 01 Nov 2024
Source of News: Utusan Borneo Online
(Dari tujuh kiri) Juanda dan Tiang bersama yang lain merakamkan kenangan di hadapan bangunan baharu Pasar Sungai Merah hari ini.
(Dari tujuh kiri) Juanda dan Tiang bersama yang lain merakamkan kenangan di hadapan bangunan baharu Pasar Sungai Merah hari ini.

SIBU: Semua penjaja di Sungai Merah dijangka berpindah ke bangunan baharu Pasar Sungai Merah pada bulan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, majlis perasmian Pasar Sungai Merah yang dibina semula ini dijangka berlangsung pada Disember.

"Kami mahu menjemput Premier Sarawak untuk hadir merasmikan bangunan baharu Pasar Sungai Merah ini yang berkemungkinan besar pada Disember ini," ujarnya kepada pemberita selepas melawat Pasar Sungai Merah itu, hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan percaya Pasar Sungai Merah yang dibina semula itu akan meningkatkan ekonomi tempatan di kawasan Sungai Merah.

Katanya, peniaga dan pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan, persekitaran dan kemudahan yang lebih baik dengan siapnya bangunan baharu Pasar Sungai Merah ini.

"Bangunan baharu ini mempunyai lebih banyak gerai dan mesra orang kurang upaya.

"Kita juga akan menggabungkan galeri sejarah bagi mengingati sejarah Pasar Sungai Merah yang lama.

"Pasar Sungai Merah sudah berusia lebih kurang 100 tahun.

"Di sinilah tempat nenek moyang saya dari China menjejakkan kaki, selain juga tempat orang Melanau menubuhkan komuniti mereka di sini.

"Jadi, Sungai Merah mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi.

"Kita mahu menjadikan bandar ini bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga untuk pelancong melawat bandar ini," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya yang turut dalam lawatan berkata, Pasar Sungai Merah yang baharu itu amat mesra masyarakat.

"Dengan wajah yang baharu, yang cukup moden dan hebat, pasar ini amat mesra masyarakat.

"Kalau kita lihat pasar basah dan pasar kering, yang mengutamakan kebersihan dan keindahan. 

"Juga ada galeri dan tempat minum, di samping tempat minum itu ada 'power station' untuk sambung komputer riba dan sebagainya, yang amat mesra untuk kegunaan rakyat.
 
"Inilah yang kita tekankan terutama dari sudut integriti bahawa setiap sen wang kerajaan yang dibelanjakan betul-betul digunakan dengan sebaiknya serta membawa manfaat kepada seluruh rakyat," jelas beliau.



image Undian
image Pengumuman