Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

PROGRAM SANTAI @ LAMAN VOKASIONAL INDUSTRI PENJARA PUSAT SIBU

Disiarkan pada 13 Feb 2025
Sumber Berita: Facebook (Penjara Pusat Sibu)
Sibu. 11 Februari 2025. Bertempat di perkarangan Pejabat Vokasional dan Industri Penjara Pusat Sibu, telah berlangsung Program Santai @ Laman Vokasional Industri Penjara Pusat Sibu.
Program ini yang bertujuan mempromosikan Produk keluaran Penjara Pusat Sibu terdiri dari produk makanan iaitu Produk sejuk beku iaitu karipap dan pau, serta mee kuning. Selain itu, program ini juga untuk mempromosikan produk keluaran mempunyai Sijil Halal JAKIM. Seterusnya memperkenalkan produk sejuk beku baharu iaitu karipap daging kambing black paper dan kari. Selain itu juga memperkenalkan produk batik keluaran Penjara Pusat Sibu.
Majlis yang berlangsung selama dua jam itu bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 pagi telah dirasmikan oleh Encik Encik Saiful Safzuan Mohamed Safian selaku Chef Panel Penilai Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Tetamu jemputan dari pelbagai agensi awam , swasta dan peniaga sekitar bandar Sibu telah dijemput menghadiri program ini. Seramai 80 tetamu telah hadir. Program ini juga turut bersiaran langsung melalui FB Penjara Pusat Sibu. Tetamu juga telah dihidangkan nasi beriani, mee jawa, mee goreng yang disediakan oleh Katering Penjara Pusat Sibu.
Adalah diharapkan program ini akan memberi impak kepada jualan produk Penjara Pusat Sibu selepas ini.
Jabatan Penjara Malaysia
Penjara Sarawak
Lawatan Penjara


image Undian
image Pengumuman