Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

TM Induk dan Miri hulur sumbangan kepada keluarga mendiang Larry Simon

Posted on 09 May 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak atau lebih dikenali sebagai Terabai Menua (TM) Induk dan Cawangan Miri telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga mendiang Larry Simon yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Sumbangan itu diserahkan oleh bendahari Induk ibu pejabat persatuan Jim Sumo kepada keluarga mendiang di New-Rest Perau Batang Mandai Gasket & Funeral Service showroom.

Menurutnya, sumbangan berbentuk bakul makanan itu adalah bertujuan meringankan beban yang dihadapi keluarga mendiang.

"Diharapkan dengan bantuan ini, ia dapat meringankan bebanan yang dialami oleh keluarga mendiang serta sedikit sebanyak dapat melancarkan urusan upacara 'nyengaie' mendiang," jelasnya.  

Sementara itu, Jim Sumo berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Penasihat TM Selangor Bryan Lim dan New-Rest Perau Batang Mandai Gasket & Funeral Service atas sumbangan keranda.

"Kami berharap agar keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini," tambahnya lagi.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman