Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Pengerusi Terabai Menua Sarawak sampaikan kenyataan sempena Gawai

Posted on 23 May 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Pengerusi Persatuan Kebajikan Terabai Menua Sarawak Thomas Jagan merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua ahlinya di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Beliau berharap ahli-ahli itu akan menggunakan peluang terbabit untuk kunjung-mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengabaikan keselamatan diri dan orang sekeliling.

"Semoga semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang selama ini menjadi budaya dan amalan hidup kita memantapkan lagi semangat Keluarga Malaysia.

"Melalui kesempatan yang ada ini juga, bagi pihak Terabai Menua, kami ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada yang tersalah atau tersilap," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau dengan itu menyatakan Terabai Menua mengucapkan ‘Selamat Hari Gawai, Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua.’

Justeru, Thomas mengingatkan masyarakat Dayak yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut Gawai Dayak agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Untuk rekod Terabai Menua mempunyai 1,900 ahli daripada 14 cawangannya di Sarawak serta dua cawangan masing-masing di Johor dan Selangor.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman