Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

121 peserta sertai program mendaki bukit di Bukit Kemuyang

Posted on 27 May 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Seramai 121 peserta telah menyertai program 'hiking' atau mendaki bukit di Bukit Kemuyang di sini, Ahad lepas.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi sehingga 10.30 pagi itu dianjurkan oleh Mefa Fit Sport Event Management dengan kerjasama Skuas Antidadah Sibu dan Boyak Bukit Hiker’s Sibo. 

Perserta telah diberi taklimat ringkas keselamatan dari wakil Boyak Bukit Hiker’s yang diketuai oleh Raja Idris Raja Mohamed. 

Acara 'hiking' dimulai dengan sesi pemanas badan yang diketuai oleh Kaunselor Abang Kamalludin Abang Hamdan.

Menurut pengasas Mefa Fit Sport Event Marcilla Mohamad, pendakian sejauh 3.10 kilometer itu mendapat sambutan hangat dikalangan peserta dari Sibu, Sri Aman, Mukah dan Sarikei. 

"Program ini mendapat sambutan diluar jangkaan walaupun aktiviti hiking ini diadakan setiap hari Ahad oleh mana-mana agensi dan individu sebelum ini," ujarnya.

Marcilla turut memberitahu, aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan tali silaturrahim disamping mengamalkan gaya hidup sihat dikalangan komuniti setempat. 

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah bergabung tenaga bagi menjayakan program ini," jelas beliau.
 

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman