Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Hospital Sibu seru orang ramai derma darah sempena musim perayaan

Posted on 28 May 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Unit Transfusi Darah Hospital Sibu menyeru orang ramai, khususnya penderma darah tetap dan baharu, agar tampil menderma darah sempena musim perayaan yang bakal tiba bagi memastikan bekalan darah mencukupi dan berterusan.

Menurut catatan Facebook Bank Darah Hospital Sibu hari ini, kempen derma darah anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) Wilayah Tengah di Bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sibu pada 1 Jun ini.

Selain itu, sesi derma darah secara walk-in juga dibuka di Bilik 55, Bank Darah Hospital Sibu pada 5 dan 6 Jun.

“Tujuan utama kempen ini adalah untuk memastikan stok darah sentiasa berada pada tahap mencukupi, terutama sekali menjelang musim perayaan yang lazimnya menyaksikan peningkatan keperluan terhadap darah,” jelas kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Transfusi Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Unit Transfusi Darah Hospital Sibu juga menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan kemurahan hati para penderma yang terus memberikan sokongan dalam menyelamatkan nyawa.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman