Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Remaja jatuh tebing sungai berjaya diselamatkan

Posted on 29 May 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berdepan detik cemas apabila terjatuh ke tebing sungai berhampiran tebingan Sibu, di hadapan sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Sibu yang tiba di lokasi kejadian dalam tempoh tiga minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Ketua Zon Bomba Sibu Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3:28 pagi daripada orang awam.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati mangsa masih berada di tebing sungai. Komander operasi segera mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan tali keselamatan dan body harness.

“Seorang anggota diturunkan ke tebing sungai untuk membawa mangsa naik ke tempat yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi penyelamatan membabitkan seramai lapan anggota bersama dua jentera sebuah jentera Bomba dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3:55 pagi selepas kawasan disahkan selamat.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Dua anggota polis turut berada di lokasi bagi membantu mengawal keadaan.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman