Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Rumah teres di Jalan Hua Kiew Sibu terbakar

Posted on 05 Jun 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Sebuah rumah teres dua tingkat jenis berkembar di Jalan Hua Kiew di sini musnah sebahagiannya dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Zon Bomba Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.45 pagi daripada orang awam.

“Sebaik menerima maklumat, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba memulakan operasi pemadaman serta-merta sejurus tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan penyelamat turut menerima bantuan daripada BBP Sibu Sentral yang menghantar sebuah lagi jentera FRT serta sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama tujuh anggota.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat jenis berkembar yang berstruktur separa kekal dengan anggaran keluasan 80 kaki x 30 kaki.

“Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif dan defensif dengan membentang dua aliran salur bantu mula bagi membuat ‘fire break’ di bahagian hadapan dan sisi rumah serta satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozle air dari pili bomba berhampiran untuk mengawal dan memadamkan kebakaran di tingkat atas rumah,” katanya lagi.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.58 pagi dan dipadam sepenuhnya dua jam kemudian.

Operasi ditamatkan sepenuhnya selepas kerja-kerja overhaul dan pengemasan peralatan selesai sebelum pasukan bertolak pulang ke balai pada jam 8.34 pagi.

Siasatan awal mendapati kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 30 peratus struktur rumah terbabit.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Antara penghuni yang terlibat termasuk dua orang pemilik rumah serta beberapa penyewa lain.

Turut hadir di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan SESCO bagi membantu siasatan serta memastikan keselamatan kawasan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman