Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Wanita dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular sawa

Posted on 05 Jun 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas dipercayai dipatuk seekor ular sawa yang ditemui di dalam lubang tandas rumah mereka di Lorong Rantau Panjang di sini, pada Rabu.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 2.57 petang yang memaklumkan mengenai penemuan ular tersebut.

Sepasukan empat anggota bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda telah digerakkan ke lokasi pada jam 3.02 petang dan tiba kira-kira 36 minit kemudian.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan APM menjalankan pemeriksaan namun reptilia tersebut tidak berjaya dikesan.

"Pengadu memaklumkan bahawa isterinya telah dipatuk ular berkenaan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," menurut kenyataan itu.

Operasi ditamatkan pada jam 3.55 petang dan pasukan APM kembali ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) pada jam 4.20 petang.

Keadaan di lokasi dilaporkan terkawal dan tiada ancaman lanjut dikesan.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman