Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

BCF 2025 pada 3-12 Julai tampil tema 'Irama Borneo'

Posted on 05 Jun 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Festival Budaya Borneo (BCF) 2025 yang akan berlangsung dari 3 hingga 12 Julai depan, tampil dengan memberikan tumpuan terhadap budaya tempatan, membawa tema 'Irama Borneo'.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang menampilkan beberapa gerbang bertemakan kaum di sekitar bandar, tahun ini pihak penganjur akan membina perkampungan budaya mini.

"Ia menawarkan pengalaman unik dan menyeluruh kepada pengunjung mengenai kepelbagaian budaya, seni bina, dan cara hidup masyarakat Sarawak, khususnya komuniti etnik di sekitar Sibu," ujarnya semasa sidang media di bilik mesyuarat MPS, hari ini.

Izkandar yang juga Pengerusi Penganjur BCF turut menambah bahawa tema 'Irama Borneo' melambangkan keharmonian antara budaya, alam semula jadi dan gaya hidup unik masyarakat Borneo.

Menurutnya, ia merangkumi tiga elemen utama iaitu budaya dan muzik tradisional, irama alam dan identiti serta pelancongan.

"BCF 2025 akan menampilkan pelbagai persembahan budaya daripada komuniti Dayak, Melayu, Melanau, Cina, Lun Bawang, dan lain-lain," katanya.

Katanya, festival ini akan menampilkan persembahan khas daripada artis jemputan dari Jawa Barat, Indonesia dan New Delhi, India, yang mengetengahkan warisan budaya mereka yang meriah dan berwarna-warni.

Beliau turut memaklumkan bahawa maskot rasmi BCF tahun lepas, Engkuli (Harimau Dahan), akan kembali dengan penambahan versi betina.

"Penularan terbaharu mengenai Engkuli menunjukkan kesedaran orang ramai terhadap spesies ini semakin meningkat.

"Kami gembira dapat mempromosikan haiwan liar yang terancam ini untuk tahun kedua ini terutamanya kerana spesies ini adalah endemik di Borneo," jelasnya.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman