Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

News

 

Kedai serbaneka terbakar di Sibu

Posted on 21 Jul 2025
Source of News: Utusan Borneo Online

SIBU: Sebuah kedai serbaneka di tingkat bawah bangunan kedai tiga tingkat di Jalan Tapang Timur, di sini, terbakar dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan kira-kira 30 peratus daripada aras bawah kedai berkeluasan 15x20 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan dari dua arah, dengan dua aliran sepanjang 200 kaki masing-masing di bahagian hadapan dan belakang bangunan.

“Operasi terkawal pada jam 6.11 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.50 pagi selepas memastikan tiada lagi punca api dan keadaan selamat," katanya sambil menambah, operasi turut dibantu pasukan dari BBP Sibu Sentral.

Tiada sebarang mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman