Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

Jalan utama di kawasan komersial Sibu Jaya ditutup sementara hari ini hingga 6 Sept

Disiarkan pada 03 Sep 2025
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Jalan utama di kawasan komersial Sibu Jaya akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 6 September bagi memberi laluan kepada penganjuran Sibu Jaya Water Fiesta 2025.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, penutupan melibatkan Sibu Jaya East Boulevard mulai 3 September 2025 jam 10 malam hingga 6 September 2025 jam 6 petang.

Penutupan jalan tersebut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran acara serta keselamatan orang ramai sepanjang festival berlangsung yang dijangka menarik kehadiran pengunjung dari sekitar Sibu dan kawasan berhampiran.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh berkenaan.

Sibu Jaya Water Fiesta 2025 merupakan antara program komuniti tahunan yang dinanti-nantikan dengan pelbagai aktiviti sukan air, persembahan hiburan serta gerai jualan disediakan untuk seisi keluarga.

  • oleh

 


image Undian
image Pengumuman