Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Sibu

RESIDEN SIBU | DO SIBU | DO KANOWIT | DO SELANGAU

Berita

 

YSISS Sibu mulakan kelas pertama pada 1 Okt ini

Disiarkan pada 29 Sep 2025
Sumber Berita: Utusan Borneo Online

SIBU: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) Sibu akan memulakan kelas pertamanya secara rasmi pada 1 Oktober, kata penolong pengetuanya Albert Ng.

Beliau berkata, YSISS Sibu kini mempunyai 94 pelajar.

“YSISS Sibu sudah beroperasi. YSISS Sibu akan beralih semula ke kampus baharu bermula 1 Oktober, dengan sesi persekolahan bermula pada hari yang sama.

“Saya juga akan memperkenalkan mereka kepada kemudahan kampus baharu serta memberi panduan asas keselamatan kebakaran,” kata Ng ketika ditemui The Borneo Post di YSISS Sibu, semalam.

Ng berkata, sesi pendaftaran semalam berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Seramai 62 pelajar yang menaiki bas dari Kuching telah mendaftar masuk ke YSISS Sibu semalam.

“Baki 32 pelajar lagi dibawa oleh ibu bapa masing-masing dan mendaftar hari ini,” katanya.

Untuk rekod, para pelajar ini sebelum ini ditempatkan sementara di YSISS kedua di Batu 12 Jalan Kuching-Serian sementara menunggu YSISS Sibu beroperasi.

Sementara itu, Raeyah Hjsemail dari Kampung Bawang, Matu yang membawa anak saudaranya, Iffat Imtiyaz Arshad Suffian untuk mendaftar, melahirkan rasa kagum terhadap kemudahan moden di YSISS Sibu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak kerana mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar menerima pendidikan berkualiti tinggi.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee ketika dihubungi berkata, beliau akan bertemu dengan ibu bapa pada 5 Oktober nanti.

“Saya gembira kerana sekolah kini telah dibuka untuk pelajar,” katanya.

  • oleh


image Undian
image Pengumuman